Sunday 30 August 2009

DAKWAH

DAKWAH???
Apa itu dakwah?

Umat Islam umumnya mengetahui dakwah itu hanya sekadar tazkirah, ceramah & forum agama sahaja. Mereka hanya fikir Islam hanya di dlam masjid atau pun di surau. Mengapa fikir begitu? Kalau macam ini sampai bila-bila pun Islam takkan naik.

Sebenarnya dakwah itu mempunyai skop yang lebih luas lagi. Bahkan skop dakwah meliputi seluruh kehidupan kita. Dakwah itu didefinisikan sebagai stu proses mengajak, menyeru dan membimbing manusia ke jalan Allah. Dakwah juga adalah satu proses menerapkan asas-asas Islam untuk digaul bersama jiwa sanubari manusia di samping membuang jauh-jauh anasir jahiliyah dari dalam diri manusia. Dakwah juga satu transformer daripada keburukan kepada kejernihan jatidiri hingga membentuk satu ummah Islamiah yang sempurna imannya dan menyerahkan suluruh hidupnya hanya kepada Allah SWT.
Dakwah itu warisan para anbiya'. Dakwah tidak dihampar dengan karpet merah sebaliknya ia perlu menempuh onak dan duri.

Itulah serba sedikit kupasan saya mengenai pengertian dakwah.


0 comments: